BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 7, 2010

fitnah dajjal

Assalamualaikum..

sesuatu yang menakutkan bila berbicara
tentang dajjal.

fitnah yang dibawanya sungguh besar.
aku bukan lah orang yang mengetahui begitu mendalam
perihal dajjal.

banyak tafsir tafsir hadis yang perlu dikaji dan difahami.
bahkan, semakin ramai yang mengeluarkan teori teori
konspirasi.

The Arrival.
teori konspirasi yang paling awal dan terkenal.
aku pun dah habis tgk setiap episod.
sesiapa yang tgk,
pasti tak bole absord 100%.
bahasa yang digunakannya
agak berat untuk difahami.

bahkan, dikatakan
teori ini dihasilkan oleh golongan Syiah.
Wallahualam.

Seperti mana yang sedia maklum,
Syiah merupakan ajaran yang terkeluar dari islam.
ianya bukanlah seperti ahli sunnah.

mereka tidak percaya akan al-Quran yang sedia ada.
mereka membaca "al-Quran" mereka sendiri.
mereka mengatakan,
al-Quran yang sebenar berada pada imam yang ke-12.
iaitu imam Mahdi.

Hanya Allah dan Rasulullah shj yang tau.

berbalik pada fitnah dajjal.
bersediakah kita?
mampukah kita?

Mari kita amalkan surah al-Kahfi
sebagai perlindungan daripada dajjal.
itulah pesanan Nabi kita.

dikatakan,
seeloknya membaca surah al-Kahfi adalah
pada setiap malam jumaat.

Hanya Allah dan RAsulullah shj yang mengetahui.


fitnah dajjal ini sungguh dahsyat.
sehinggakan,
ramai dari golongan wanita dan kanak-kanak
yang menjadi pengikutnya.

Sehinggakan, ahli keluarga(suami/bapa/lelaki)
sanggup mengikat isteri/anak perempuan/kanak-kanak
bagi untuk tidak mereka keluar rumah
dan terpengaruh.

jadikanlah zikir sebagai makanan kita kelak.
amalkan lah dari sekarang supaya kita tidak kekok
ketika datangnya dajjal.

makanan orang mukmin ketika datangnya dajjal adalah zikir.

Nabi bersabda;

"Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin."


Entry ini adalah atas sikap ingin mengingati diri sendiri dan pembaca.
dan isinya adalah ringkasan dari petikan-petikan blog yang telah diringkaskan oleh blogger.

yang baik itu datang dari Allah,
yang buruk itu datang dari kekhilafan saya sendiri.

1 comments:

chk said...

good perkongsian

jom benteng diri dan ummah dari fitnah dajjal