BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 17, 2011

Abah, Happy 66!



Assalamualaikum.

17th of June 1944

happy 66 yrs old, Abah!

last year, i was the first caller that wish
to him.
bole pulak kan Abah ckp "arini besday Abah ek?"
LOL

tp hari ni tak jd 1st caller.
so Abah dah bole predict ape aku nk ckp
(tak aci la)

then Abah ckp,
tlg doakan + solat hajat supaya murah rezeki,pjg umur dan kuat.
ammennnnnn...
yela, kalau tak kuat, siapa nk jaga pokok pokok kat kebun tu kan.

Even time besday aku pun,
aku yg wish kat Omma dgn Abah.
say thanks to them.

bila ingat zaman kecik kecik,
Abah memang baik.
Omma lagi garang, siap kena tali pinggang lagi.
aha

bila musim layang layang,
aku jarang beli kat kedai.
sbb ade hero yang tlg buat kan.
siap paling besar skli antara kwn kwn aku.
pastu kawan2 aku mula la jeles tak bertempat.
hoho.


bila musim main senapang kayu.
pun ade hero yang tlg buatkan.
ala, ni senapang kayu yg peluru dia pakai buah ceri.
mase tu balik umah je terus rendam baju.
sebab dalam kocek penuh getah ceri.


yang paling kelakar bila zaman godak.
godak means mandi parit.
mase tu da bosan da godak kat tmpt yg same.
aku ajak la mmbe2 aku g kebun Abah.
aku ingatkan dekat, sekali jauh jugak la.
otw mase tu sume mengeluh.
aha
bygkan naik beskal ramai2.
siap ade rantai terlucut la.
aduhai.

tp sampai sane, nsb baik tak mengecewakan.
air jernih gela + dalam.
mmg feverat la kan.
lps tu dan2 Abah dtg.
igtkan Abah nak marah ke ape,
Abah siap buatkan rakit!
ade dua rakit kalau tak silap.
rakit pakai pisang.
aha.

abes je godak,
Abah bg ktrg minum buah kelapa.

lupe nak introduce Abah.
name Abah Md Said.
tapi jiran jiran+ kwn kwn Abah + sedara sedara Abah pgl Abah, Bachok.
aku yg anak dia ni pun pelik.
Omma ckp tu name pglan bugis Abah.

tp sebenarnye mmg kelakar pn.
pakcik aku name dlm ic Bachok.
tp org pgl dia Nonchik/ Fa nonchik.

aku pn tertipu jugak la.
mase sekola rendah kan kena buat salasilah keluarga.
keluarga aku besar.
sbb atuk aku kawin 3.
so aku main letak la name name pcik/mcik aku yg aku igt.
so satu kolumn tu aku letak la name pcik aku, Fa senong.
once aku tunjuk kat Omma, dia gelak.
then dia bgtau la name betul Fa senong tu sebenarnye Mohd Khalid.
aduhai, punya la jauh.
(--!)

ok da melarat pulak topik ni.

lagi satu,
Abah dulu wakil negeri johor main wau.
ala yang festival layang-layang kat pasir gudang tu.
mase tu aku kecik lagi.
darjah berapa tah.
tak silap ade la almost 5thn kot Abah wakil johor.

Abah pernah kena marah dgn Sultan Johor.
aha.
sbb Abah ckp bugis dgn sultan.
aduhai,lawak gela.

Abah siap simpan lagi gamba dia dgn sultan
dgn wau merak.
besar gela wau tu!

Abah, jgn notty notty g ikut kwn kwn Abah tu g Indon lg ek.
kesian Omma tu.
kang Omma merajuk lg, kang susah nk pujuk.

ok la Abah,
aku doakan yang baik baik untuk Abah!
semoga~ semoga~ semoga~

Abah paling kanan.

2 comments:

President said...

mana gambar wau tu>

cahayaharumankasturi said...

emak saya pon bestday 17hb jun :)
may Allah bless ur abah