BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 29, 2010

The Day Off

Assalamualaikum.

ppl asked me why deactivate fb.
i think they know better than me.
for sure they can predict.
aha.
--------------------------
started from last week i adore with my final project.
walaupun the second sem is the actual time to bz bz mcm org gela.
but now aku 1st sem untuk fyp.
byk membe2 aku yang tengah lenggang kankung.
aku lain.cewah.*muntah hijau.
---------------------------

my lecturer subject workshop dah bertukar tangan.
kali ni lecturer yang ketiga. -_-
my fisrt lecturer was accident during ramadhan.
he is not friendly to me even us.
dah la lecturer yang ganti sume tye " do you have been visit him?"
then aku terus buat buat tak dgr.
btw, hope dia ckp sembuh.

-------------------------------------

sekarang gigi aku dah bertukar kaler dan bertambah sakit.
smlm mntk kaler hijau cair.
semalam aku tak makan langsung.
mungkin hari ni pun tak.
esok kot baru ok.
bila berus gigi pun rase nak tampar org sebelah.

-----------------------------------

hai kiwi.
for right now, aku panggil kau kiwi dalam diam.
no matter if kau follow baca blog aku ni.
kau penah bgtau kau penah baca.
dan kau penah menyibuk kat formspring aku kan?
abes kantoi sume soalan soalan fevret.
aku harap kau lupa la ape yang aku cite pasal 10 thn lps.
lol.
memang kelakar pun

Saturday, September 25, 2010

siang

Assalamualaikum.
aku nak call kiwi semalam.
tapi aku amik masa 40ribu jam nak tekan button call.
-_- -_- -_- -_- -_- -_-

kalau nak call pun susah, payah la cmni.

Monday, September 20, 2010

rindu rimau very bad

Assalamualaikum.

yehu.
arini dapat jumpa rimau.
elok dia kt atas katil.
tau je aku nak balik.
terus pakai seksi seksi.
okeh, harimau ni perempuan.
she keep me warm at all night.
ohhhhh.....!

so today nak mandikan dia.
banyak habuk dah.
bau bau badan.
aha.






Hai Lunar Elite



Assalamualaikum


Hari ni ialah hari yang ditunggu. *gela baku
bukan sebab excited nak blaja.
tapi sbb nak jogging.

my new shoes such like pic above.
sibiji kaler bagai.
harap bole buat 40ribu pusingan.
wahaha.

kalau tak bole memang loser la kasut ni.
kena cari kasut lain.
aha.

Saturday, September 18, 2010

pung pang pung pang.last last kedekut.game over.

Assalamualaikum.

lame dah aku tau perangai kau ni.
cakap nak best je.
cakap macam dia sorg je ade gula kat bibir.

dari kecik aku tak gemar ngn perangai kau ni.
ahaha.
oh, sepupu bertukar la.
kau tu dah kawin.

Thursday, September 16, 2010

macam tak yey!

Assalamualaikum.

1. sekarang kat Nilai dah.

2. otw ke sini td terlanggar monyet.kesian monyet.nasib baik hidup lagi.

3. sori tak sempat raya umah korang korang.

4. sori tak sempat nak stalk number yg bg msg raya.

5. belum puasa 6 lagi.



Thursday, September 9, 2010

Digit-digit Malam Raya

Assalamualaikum.

Thanks guys for those yang anta sms ucap raya.
dan tak lupa yang mintak maaf bagai.
aku pun nak mintak maaf gak.
sebab.

AKU TAK TAU SIAPA YANG HANTAR SMS TU.
-_-

setakat ni 5 unknown.
yang lain aku tau sebab dekat last msg dia tulis.

"DARI SI POLAN DAN ISTERI"
"DARI SI POLAH DAN SUAMI"
"DARI SI POLAN DAN KELUARGA"

dah la tak kawin lagi.
konon status nak gebang.
lol.

aku takde number korang bukan aku DILIT!
tapi PDA aku kan rosak.
suma number ade kat situ la.
then skng hp aku cuma ade less than 20 numbers!
perhh loser gela mcm takde kawan!

aku saje tak nak rply;

"SELAMAT HARI RAYA GAK, TP NI SAPE EK? HP ROSAK LA, NUMBER HILANG"

SUMPAH KORANG TAK KAN CAYA DAN KECIK HATI.

ok la.
aku akan cuba stalk dalam diam empunya number ni.
okeh?
smile bebeh!

wa nak kena gantung langsir bagai.
selamat hari raya.

Monday, September 6, 2010

happy friendship

Jangan kata aku sombong..kalau kau yang lupa diri

Jangan kata aku sombong..kalau kau baru terhegeh-hegeh nak datang kat aku masa aku 'naik' sikit

Jangan kata aku sombong..kalau aku dah blah tak bagitau kau padahal kau yang hilangkan diri

Jangan kata aku sombong..padahal kau suka tipu aku

Jangan kata aku sombong..kalau masa aku susah kau hilangkan diri

Jangan kata aku sombong...kalau aku lupa kau sebab salah kau sendiri

Jangan kata aku sombong...kalau aku kata aku tak perlukan orang macam kau untuk jadi kawan aku

Jangan kata aku sombong..lepas aku dah terhegeh-hegeh cari ko lepas tu kau buat tak tau.

Jangan kata aku sombong..bila aku malas nak cari kau dah

Jangan kata aku sombong...kalau kau yang tak reti nak hargai nilai persahabatan

Jangan kata aku sombong..kalau kau hanya nak kawan dengan aku masa seronok je

Jangan kata aku sombong...bila kau susah aku buat tak tau.Baru nak cari aku kan.

Jangan kata aku sombong..kalau kau sendiri dah ada 'kawan-kawan' lain yang lebih hebat

Jangan kata aku sombong..kalau aku dah tak beriya macam dulu

Jangan kata aku sombong..kalau aku dah tak pentingkan kau dalam topfren aku(haha mespes btol)

Jangan kata aku sombong..kalau aku lebihkan kawan lain macam kau buat jugak.

Jangan kata aku sombong..kalau kau yang lupa kawan

cont.

Jangan kata aku sombong..kalau aku tak reply text kau

Jangan kata aku sombong..kalau kat status fb kau kutuk kutuk aku

Jangan kata aku sombong..kalau aku malas nak cakap ngn kau

okeh tak kenal.bai -_-

Sunday, September 5, 2010

Hadiah-Gift

Assalamualaikum.

"seberapa ikhlas kah kita mmberi hadiah?"


okeh saje nak bg pendapat.
these opinion came up with thousand situations.
but then aku just simply story je okeh.

1. birthday

when si 8 punya besday dah nak kunjung tiba.
then kawan si 8 iaitu si 10 konon nak bg present la kan.
but si 10 doesnt know ape nak bg.
*blank maybe.lol
at the same time, si 8 got something in advance from his friends.
then si 8 show off bagai.
then then si 10 got the news.
nak tau ape si 10 ckp kt si 8??

"aku baru je nak bg hadiah tu kat kau"

but i dunno either si 10 ni bg ke tak kat si 8 ni hadiah.
malas nk stalk.
aha.

wrap up: tak kesah la if dia da ade barang tu ke ape, since kita ade niat nak bg, just bg je. it is from u.


2. Belanja

okeh mcm lari topik je.
tapi takpe.
tekan kat "X" kat right side.

guys, pernah rasa nak belanja kawan kawan tak?
mesti pernah kan?
ke tak pernah?
ok takpe.

situation ni jd mase aku high school.

si 7 cakap nak belanja kami berempat.
si aku, si 5, si 3 ,si 9.
aku tak tau ape point dia nk belanja.
tp mase tu kan outing, mstila kne makan luar bagai.
so si 7 ckp nk belnja.

one day b4 that day,
si 7 asked me.
"did si 9 got scholarship"?
yah, but y?

"malas ah blnje dia cmtu, dia da ade duit"

dank~!!!

aku tak paham ape tujuan sbnr dia.
punye la niat mulus nak belanja tp tiba2 tak jd.
kecik hati si 9.

wrap up - perlu ke kita nak belnja tu tgk dia ade duit ke takde?ok,dahulu kan pada yg takde duit tu mulia jugak.
tapi dalam situation kt atas ni.
meraka adalah kawan rapat.
-_-

ape salahnya walaupun kawan kita tu ade duit, tp kita still belanja.
yang penting bile dah terniat nak belanja tu, just go on.
tak rugi if belanja belanja kawan kawan.
if ikhlas la.
Allah itu Maha Pemurah

Saturday, September 4, 2010

Fake smile

Assalamualaikum.

okeh saat ni penat senyum.
okeh sje tayang braces kaler biru.
braces raya.
ehe.

eh lupe amik la skli duit raya kt bawah ni.
ok bai!


*seni tu ape? -_-











*okeh rahang dah tertanggal
*slmt hari raya maaf zahir batin

Saya Sudah Bertunang

Assalamualaikum.


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.."Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya."Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."



* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

credit to http://niqobgirl.blogspot.com/2010/01/saya-sudah-bertunang.html

Thursday, September 2, 2010

okeh kau menang

Assalamualaikum.

tapi kali ni je kau menang.