BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 3, 2012

RNR SEremban

Assalamualaikum
(Waalaikumussalam)

Seperti kebiasaan hari isnin,
Byk benda perkara nak diselesaikan.
Nak kata sisa sisa jumaat, tak mungkin juga.
Tapi tu la perkara BIASA berlaku bila isnin datang.
Hurrmm..
Harini aku dapat dua sites.
Smk palong 11 dan sk Bandar (banting).
Keluar site je da tgh hari.
Aku pun tak past smk palong 11 tu kat mana,pukul brape sampai.
Bila letak coordinate, wowowwoow, almost 3hours baru sampai situ.
Means, labih kurang 330pm aku sampai sana.
Alhamdulillah, site ok.
J
Bila balik, hujan turun.
Aku amik keputusan nak jamak takhir kat rnr seremban.
Sampai kat situ almost 6pm di tambah dgn hujan lebat.
Aku amik keputusan nak buka dan jamak takdim maghrib terus.
Tengah aku tunggu kawan aku,
Aku terkesima kat satu meja.
Dua gelagat lelaki.
Sorang dewasa dan sorang lagi agak berumur.
Aku terus perhati diorang.
Aku nak kan kepastian dgn ape yg aku Nampak td.
Lelaki dewasa tu kelihatan seperti orang kebiasaan.
Dgn muka yang tak Nampak langsung kecacatan.
Lelaki yg agak berumur tu mcm ayah kpd lelaki dewasa itu.
Aku terus perhati gelagat diorg.
Tersentuh hati bila tgk tingkah laku si ayah.
Si anak yg dari segi zahirnya cukup sifat, rupanya punya penyakit lembam.
Sayu hati tgk si ayah melayan anak dia.
Aku yg tgk ni, dpt rasa kasih syg si ayah utk si anak.
Si anak makan bersepah, si ayah tlg bersihkan.
Si anak makan tp ada sisa nasi di pipi,bibir,dagu, si ayah tlg lapkan.
Ya Allah, sayu tgk.
Semoga si ayah dan si anak mendapat ganjaran yg setimpal dgn rahmatMu ya Rabb.
Semoga aku boleh jadi seorang ayah yg hebat mcm tu.aammennn.
Setiap orang punyai dugaannya tersendiri.
Mcm mana diorg hadapi itulah yg menjadi kayu ukur pd pandangan Allah.
Semoga kita semua hadapi semua dugaan kat dunia ni dgn redha.
He tests us, because He knows we capable enough to handle it. Cuma, berapa lama untuk kita bertahan hadapi dugaan tu, berapa kerap kita mengadu kat Dia mengenai mslh kita kat Dia.
SEmoga kita tergolong dlm golongan orang2 yang baik.
Perlu diingat, dlm dunia ni ada dua pihak yang tak kan terhapus sampai la kiamat.
Orang baik dan orang jahat tidak akan pernah sealiran.
Tak semua orang boleh jadi baik dan tidak semua orang boleh jadi jahat.
Kita punya pilihan.
Semoga Allah memilih kita utk menjadi orang yang baik.
Ammmennn.
:’)

Thursday, September 27, 2012

both

Assalamualaikum
(Waalaikumussalam)

dah lama rasa nya tak menulis.
menulis secara bebas.
menulis secara bebas makudnya
penulisan yang ditulis mengikut gaya percakapan.

maaf lah if apa yang ade dlm blog ni
agak tak masuk kepala.
aku tak tau apa selera korang.
sbb ni blog aku,
bermakna semua kat sini adalah selera aku.
ehe

mungkin ramai yang dah tau,
dan
mungkin ramai yang belum tau.

yang aku sedang bertaaruf dgn seseorang.
dan dia pun sedang bertaaruf dgn aku.

kami harap, dgn jalan yang kami pilih ni
akan dapat keredhaan dari Allah.aammennnn.

dan kami yakin,
dugaan dan ujian itu pasti ada.
tak terujilah keimanan seseorang hamba Allah itu
seandainya dia tak ditimpa ujian atau dugaan.

yang penting,
setiap dugaan/ujian itu merupakan peringatan.
tanda Allah syg kat kita pun ia juga.

to those bloggers muslim,
please pray for her and me.
:')


Tuesday, September 11, 2012

no title

Assalamualaikum
(Waalaikumussalam)

aku rasa down gela.
dah lama aku tak rasa mcm ni.
bila kena harini,


--------------
this is for a while.
tengs Allah for this feeling.
at least i know that im just a human.
not as perfect as You, my dear Allah.
:')

a lot things happened.
they just... bumped on my shoulders,
not on my head.

i hope ppl around me can do some jokes for me.

Sunday, July 29, 2012

She is here.

Assalamualaikum
(Waalaikumussalam)

Alhamdulillah,
after waiting for a long time,
at last, she is here.
i mean, my t-rex is here.
:)

it is normal, bila benda yg 1st time berlaku tu
mcm teruja sket.
hoho

teringat mase baru balik umrah.
terus usya t-rex.
tp tu bukan rezeki aku.
dan sepanjang aku tgu t-rex,
ade satu doa yg aku belajar.
dan aku praktikan.

"ya Allah, andainya _______ terbaik untuk ku dan
terbaik untuk agamaku, Kau perkenankanlah."

dari situ, aku dpt tambahkan sifat sabar dan redha.

actually,
mula mula aku ingatkan t-rex tu ialah rexton.
sbb nama pn lbh kurang je.
almost a month aku tgu khbar berita lps hntr application.
tp takde lgsg.

then aku bertukar ke x-trail.
kali ni process utk urusan x-trail lg clear berbanding rexton.
cpt je bank call.
at last, tak jd jugak.
sbb aku perlukan guarantor.
memandangkan aku baru kerja dan umur baru 24thn.

at first mase aku nk beli  x-trail,
agent tu pun da pelik.
knp nak beli suv.
knp tak beli sedan.
aku sendiri tak dpt nak jwb soalan dia.
hoho

then, x-trail pn bukanlah t-rex yg aku cari.
last skli aku usya crv.
and Alhamdulillah, she is mine.
berkat doa semua including my FW.
:)

 

Tuesday, June 12, 2012

Leave for a while

Assalamualaikum
(Waalaikumussalam)

Alhamdulillah
aku, omma, abah, ijuk, ngerang dan fam dah selamat
pergi n balik dari perform umrah.

it was an interesting vacation.

:D

Seriously, Allah memang sweet.
:")

sebab,
banyak gela sebab.
antaranya,

Allah bagi aku peluang buatkan umrah untuk arwah abg aku.
aah, actually kitaorang 6beradik.
and he was the 1st, means the oldest brother.
since arwah meninggal mase kecik,ktrg pn tak pernah jumpa.
mesti dia kecik hati bila ktrg kdg2 tercakap adik beradik ktrg cuma 5 je.
:"(

sbrnya 6.
after this kena la selalu ckp 6.
PROMISE.
:')

hope my late brother helps us and especially omma and abah
mase kat akhirat nanti.
aaammennnn.

His name was Abdul Haris (dlm surat beranak)
tp omma panggil dia Faizal.
ikut cerita omma, omma yang nak namakan faizal,
tp abah yang letak Abdul Haris.

but i think omma won this time,
sbb at first ktrg pn igt nama dia Faizal sama mcm dalam surat beranak.
lama jgk la baru tau nama betul dia tu Abdul Haris.

Abg, forgive us for our mistake.
cant wait to see you.
:")

Abg aku yg pakai baju putih. :D

Sunday, April 29, 2012

Saya bukan ahli politik

Assalamualaikum
(Waalaikumussalam)

Perlu dijelaskan disini.
ya, memang saya hadir ke Bersih 3.0.
atas dasar inginkan keadilan.
mungkin ade sebahagian drpd kamu2 semua tak merasai apa itu keadilan.
mungkin belum masanya untuk anda merasai.

ini tanggungjawab saya.
tanggungjawab kami sebagai muslim yang ingin tegakkan keadilan.

mari kita baca sedikit tulisan daripad sdr syahirul:

"ramai orang kata, kita dah hidup aman sekarang ni, watpe nak adakan bantahan dan perhimpunan walau untuk menegakkan islam, nanti jadi macam syria dan negara2 lain baru nak nyesal..

aman? aman? apa itu aman? maksiat berleluasa itu aman? korupsi tu aman? zina di mana2 itu aman? pecah amanah itu aman? rasuah itu aman? gejala sosial itu aman? dedah aurat dan dedah aib orang itu aman? fitnah sana sini aman?

golongan ini hanya lihat aman dari segi kehidupannya saban hari yang senang lenang sahaja kerana tak susah hati melihat maksiat yang berleluasa atas muka bumi malah redha dengannya.. golongan ini boleh buat bodoh saja lihat maksiat itu berterusan.. tahu tak bahawa maksiat ni semua adalah bala? bala yang Allah timpakan sebab kita tak mahu mendaulatkan islam dalam kehidupan, dalam pemerintahan, dalam segala aspek..

jadi, ubahlah mind set tu, aman adalah kehidupan dalam keadaan taat kepada agama Allah dan takut buat maksiat dan tidak berbangga dengan maksiat.

via syahirul.com"


kamu faham apa yang kamu baca tadi?


come on my brothers and sisters.
ini lah perjuangan.
kami sayangkan negara.
kami ingin tegakkan keadilan yang mana kerajaan sekarang tidak boleh lakukan.

tiada provokasi yang melampau semasa berhimpun.
bahkan, kami beri laluan kpd kereta dan trak polis untuk melalui kwsn yang dah penuh sesak dgn lautan orang.
tapi apa yang meraka bagi kepada kami?
tear gas and watercanon.

syukur Alhamdulillah Allah beri sy peluang untuk berlari.
jantung sy masa tu dah susah untuk bernafas.
mata dah tak boleh nak bukak.
sy terpaksa memegang orang dihadapan untuk pandu sy lari ke mana.
sy antara orang yg lari agak perlahan sebab nak mengambil video.

ini tanggungjawab sy untuk bagitahu kpd anda semua.
apa guna sy masih hidup lg tetapi tak bgtau keadaan ketika itu.
ada juga prostestor yang meninggal disebabkan terhidu tear gas.

pernah tercekik tulang ikan?
semacam itu lah sukarnya untuk bernafas.
kerajaan ingin membunuh rakyatnya yang menuntut keadilan.

my brothers and sisters,
jgn la bersubahat dengan penkhianat negara.
kaki rasuah.
cukup cukup lah setakat ini atas apa yang regim meraka buat.

lihat lah kembali video2 bagaimana kebangkitan rakyat di timur tengah.
di mesir.

walaupun pemimpinya islam,
tetapi hatinya penuh dgn syaitan!

saya menyeru,
berdoalah agar yang hak dapat dikembalikan.
dan yang batil dapat dibuktikan.

sayu hati bila makcik makcik(melayu, india, cina), pakcik( melayu,india, cina) datang untuk
menzahirkan ketidakpuasan hati mereka.

saya tak dapat bayangkan, sbb mereka antra kumpulan hadapan.
mcm mana diorg hadapi tear gas without mask?
:'(



Thursday, April 5, 2012

Surga

Assalamualaikum
(Waalaikumussalam)

Teringat masa kecik kecik dulu.
zmn kecik2 aku mmg best.
mcm zmn kecik2 korang jgk,best.
cuma, apa yang aku buat dan korang buat je lain.
yang sama cuma perasaan,best.
;)

Alhamdulillah,
sbb majority bdk lorong aku ramai yang sebaya.
so senang nak main.
seriously byk gela game mase kecik2.
aku try list ape yg aku pernah main mase kecik2:

1. layang layang
2. sembunyi ibu( hide and seek)
3. main basikal
4. main rollerblade.
5. main bola
6. main galah panjang
7. main meriam
8. main kejar kejar anjing
9. main pondok pondok
10. godak parit

bergaduh tu biasa la.
:P

those games made our childhood!
:D

and now, we still berkawan.

pernah sekali tu ktrg berborak pasal surga.
kecik2 lagi da borak pasal surga.
cewah.
aha.

mase tu masing masing nak masuk surga.
benda pertama yang keluar dari mulut ktrg nak basikal.
aha

ade yang ckp:

"kau mintak je kat Allah, mesti dpat punya basikal"

"kau buat gaya naik basikal je, tiba tiba nanti basikal ada depan mata"

"ala,kau niat je nak basikal, ada la tu kat depan mata nanti"

aha.


now masing masing dah besar.
semua dah 24thn.
:O

orang dewasa ni, bila dia tension je,
mesti teringat zmn dia kecik2.
lps tu nak jd bdk kecik balik.
LOL

btw, hari ni hari jadi Uldo and the sibs!
:D

you're mean to us, Uldo!
:')

Sunday, March 11, 2012

indianwedding

Assalamualaikum
(Waalaikumussalam)

10th Dec 2011

tapi baru dapat gambar wedding dari official photographer.
:)

actually tema bukan indian wedding pun.
cuma afew months before wedding,
abang sulung aku,ijuk and abang second aku,ngerang g india.

mula dari situ la beli sari and kurta.
tapi kurta yang aku pakai ni intan yang belikan kat india gak.
tq Dr Intan.
:D









early morning.






the pelamin.
should be no pelamin untuk majlis mengundur.
but omma nak pakai pelamin gak.


makan berdamai.
4 chairs?
sbb ade dua pasangan.

ijan-kak ain, iwan-shira





haaaaaaaaaa!
ni la pengarang jantung aku nak family~
:')


ni sepupu aku sebelah omma.
kecik kecik lg dah pandai bergosip.
dia ni la yang ckp
"abang eiji la harapan aku yang terakhir"
sounds funny and sweet kan?
aha






iman and me



ni sepupu aku sebelah abah.
if sepupu sebelah abah semuanya dah kawin
and anak diorg ade yang sebaya dgn aku.




yang ni antara anak buah aku sebelah abah.
see, aku seoang pakcik yang muda kot.
LOL.























Saturday, February 11, 2012

Abah





Assalamualaikum
(Waalaikumussalam)







ade satu lagu tu reminds me about my past
past
past
past

between abah and me.

http://www.youtube.com/watch?v=H8FsxkW7ZC8&feature=related

persamaan antara kitorng ialah bongsu.
hoho

dari dulu aku nak tau mcm mane zmn kecik abah.
fuang pernah cerita, tp tak habis.
omma pernah cerita, tp asek cerita benda yang sama.
abah?hurm, sikit gela cerita.

fuang pernah ckp, abah ni matojo.
tp mcm bese la, anak bongsu ni syg lebih sket.
ehe

kecik kecik lg abah dah g haji dgn fuang.
adik beradik abah yang lain tak pergi.
see, how bongsu looks like.
:)

dgn aku, abah tak byk cakap.
he prefer omma yg ckp kan.
aku pun tak tau kenapa.

mase mula2 igtkan abah tak amik berat psl aku,
yela, asal psl sekolah je, omma.
asl duit je, omma.
asl call je, omma.
omma
omma
omma

mase kecik2 aku matojo jgk.
ehe
tapiiiiiiiiiiiii
abah tak pernah marah and even pukul.
:')
but
omma does!
aha

garang weh omma.
nsb tak kena smack down je dulu.

see,
semuanya omma.
abah?

--------------------------

then pernah aku terbaca satu article.
which, abah akan rapat dgn anak perempuan,
and
omma akan rapat dgn anak lelaki.

start dari situ aku baru phm.
i dont blaming abah.
maybe that is a nature.

kesian abah takde anak perempuan.
nasib baik ade Iman.
bole la abah manja2 dgn cucu perempuan dia.

satu je cara kalau aku nak borak lama dgn abah.
with arguing.
argue
argue
argue

with that, dpt la borak lama.
and kadang kadang kitaorg miscomm/misundrstndg with each other.
at the end, mintak maap la kat abah.
:)



aku pun kdg2 segan jgk nak cerita dkt abah.
aku prefer cerita dgn omma je.

since aku pun tak tau byk psl abah mase kecik,
hope that his childhood and mine tak jauh beza.
then i can imagine how abah mase tu.
:')







abah n omma.

produced

Abdul Haris (my late bro)
Mohd Zulkefle
Aseri@ Mohd Rohaizan
Md Shahrizan
Mohd Ridwan
Mohd Fauzi



*syg tak bole nk upload gmba mase diorg muda.
sbb omma tak ttp aurat.
kne edit dulu.
jgn terdilit sudah
(--!)

--------------------------------------------------------------



slps edit tudung utk omma.
:D



penat aku cari gmba ni.
tambah satu lg persamaan.
abah pakai suit, aku pakai suit je.
so , mmg anak abah.
;)


Wednesday, February 1, 2012

kita semakin hampir

Assalamualaikum
(Waalaikumussalam)

WW3.
World War 3.
Perang Dunia ke 3.

peperangan yang terakhir.

sengaja aku post benda benda pasal ni.
supaya aku lebih bersedia.
supaya kau lebih bersedia.
supaya kita tak termasuk dalam golongan orang orang yang rugi.

have u heard about HAARP'S PROJECT?
have u heard about Electronic MAgnetic Pulse?

berdasarkan pendedahan pendedahan maklumat,

ini la senjata tentera tentara Dajal
(Allahualam).


seriously kita semakin hampir.

tapi apa kita buat??

nak ke kita tergolong dalam org yang rugi?

kita dah tau,
tapi masih lagi buat perkara2 yang sia2.
masih tak cukup solat.
masih ringan2 kan solat.
masih tak solat subuh.
masih mengumpat.
masih keluar lepak2 tak berfaedah.
masih tak tutup aurat.

tapi perkara yang masih kat atas tu,
kebanyakan orang islam ambil ringan.
semua tgh dibuai mimpi.
syaitan tgh syok ketawakan kita.

iman ni, ada naik ada turunnya.
sbgai perignatan kat aku jugak,
so aku tulis benda ni.

pada yang tgh menjalankan amanat Allah dgn baik,
Alhamdulillah.
tp jgn ingat anda tak diuji.
jgn igt syaitan akan duduk diam.

semakin bertambah iman kita, semakin ramai syaitan dtg dekat kita.
berdoa la kpd Allah,
mntk perlindungan sentiasa.

















------------------------------------------------------

plz my friends,
biasakan dgn baca quran, berdzikir dan selawat.
surah al-kahfi pun amalkan.
ini untuk mengelakkan dari fitnah dajal yang amat dahsyat.

tinggalkan perkara2 yang lagha.
tak payah la dok sibuk gosip gosip.
come on la, bukan fitrah manusia nak gosip gosip.


---------------------------------------------------------


aku tulis article ni sebab aku lelaki.
besar tanggungjawab lelaki akhir zaman.(fitnah dajal)
kebanyakan pengikut dajal ialah perempuan.

aku takut gela if one of them is my family.
korang mcm mane pulak?

ade satu hadith nabi,
baginda suruh orang lelaki(ketua keluarga), IKAT anak perempuan, isteri, ibu, bdk kecik
dlm rumah semasa kedatangan dajal.
betapa baginda nak tunjuk golongan perempuan kena dilindungi.
sbb mereka golongan yang mudah diperdaya.

---------------------------------------------------------

banyak kan la baca untuk kenal siapa musuh kita.
supaya kita lebih bersedia.
tolak tepi la novel novel cinta tu.
berdzikir la makanan kita nanti.


--------------------------------------------------



Saturday, January 14, 2012

Al - Kahf

Assalamualaikum
(Waalaikmussalam)

ramai yang tau and ramai yang tak tau.
sebenarnya kita disunatkan utk membaca surah al-Kahf pd setiap malam jumaat dan juga pagi jumaat.

tp, hairan kan kenapa sebelum ni kita asyik membaca surah Yasin dan bukan al-Kahf
pd waktu waktu tersebut.
:)

sedangkan, kelebihan membaca al-Kahf pada waktu tersebut sudah diberitahu:


Diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri, ia berkata, Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka Allah SWT akan menyinarinya dengan cahaya antara dia dan rumah yang penuh dengan keindahan. (Sunan Ad-Darimi, 3273)

Membaca Shalawat dan membaca surat al-Kahfi pada malam atau hari Jum’at itu sunnah. Dalam hal ini DR Muhammad Bakr Isma’il menyatakan, seorang muslim disunnahkan untuk memperbanyak membaca shalawat kepada Nabi SAW pada malam hari Jum’at. Begitu juga sunah sunnah membaca surat al-Kahfi pada malam dan hari Jum’at. (Al-Fiqhul Wadhih minal Kitab was Sunnah, hal 241)

“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.” (HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471)

“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)


dan,
Rasulullah juga suruh kita menghafal 10 ayat terawal dari surah al-Kahf
untuk menghindarkan dari fitnah dajjal.
haaaaa,hebat kan?

so, jom kita membudayakan surah al-kahf.
:)

seriously,
frankly speaking,
mase aku mula2 nak membudayakan surah al-kahf,
baca memang merangkak.
sbb tak biasa.
kalau nak dibandingkan dgn surah Yasin yang dah biasa baca.

lagi satu, surah al-Kahf lagi panjang dari surah Yasin.
so, mase mula mula dulu aku rase,

"eh pnjgnye surah ni"

dan ramai yang sependapat dgn aku yg surah ni panjang berbanding surah Yasin.
and sbb tu jugak diorg prefer surah Yasin dari al-Kahf.
tak kisah la, janji ayat al-Quran.
still dapat fadhilatNya.
insyaAllah.

tp..
since kita ni umat akhir zaman yang mana dajal nak turun time kita,
iktiar la walau mcm mane skli pn.
:)

ok,
mcm aku ckp td.
mase mula mula aku nak baca surah al-Kahf memang merangkak.
dan tu salah satu sbb aku down.
rase mcm 'susah'.

and Alhamdulillah.
Allah bagi aku idea.

aku download mp3 surah al-Kahf.
pilih la mane mane Imam yang korang suka cara bacaan diorg.

aku prefer Al-Sudais.


then korang follow la diorg baca.
insyaAllah bila ade kesungguhan,
ada keberkatan.
aammennnnn..