BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 30, 2010

Mahsuri time

Assalamualaikum.

baru la ade mase nak upload gmba bercuti di L.
mostly gmba kat sini takde kt fb aku.
memang lain la bercuti ngn friends.
baha!

dulu aku pergi mane ade g dayang bunting ke
snorKELING ke
island hopping ke.
madah asek soping jek.
duh.

so kali ni sume aku tak penah buat.
jom cekidaud.




rasa macam kat amareka tak bile tak gmba ni?
haa, kan?
aku agak dah.

gmba ni taken mase dari jeti kuala perlis ke jeti kuah.
perrr lama siot.
takpe, aku tak mabuk laut.


sampai~
kitorg g seramai 10 orang bdk kelas.
actually 12org.
tp 2 org lain tu tertinggal bas.
sob sob.
bermula lah pengembaraan student UniKL BMI
untuk menawan Mahsuri.
aha


van buruk.
ceh.
janji dapat toyota Hiace!
dah la van ni pakai petrol.

dapat van ni dalam pukul 12tgh hari.
jom ke CD Motel,Pantai Chennang.

Tada~
ni opis la.
tgh check in.
amik 3bilik.
so formation untuk bilik ialah
4-3-3

aku sebilik dgn maru+ery.
then bersiap lps zohor nak g cable car.


dah siap~

jom ke cable car.


dah sampai~

stand from left- shak,aku,salleh,acap,maru,maz
sit from left- ery,mag,lan,bad

yang amik gmba ni name dia brader sembang.
dia yang volunter nak amik kan.
korang tak perasan ke gmba ni muat2 shak je?
aha!


ni kat atas dah.
oh lupe.
ade 3orang photographer.
bad - nikon ape tah.
mag- nikon d60
aku- canon power shot
dan maz as a videographer.
byk kali gak la aku kne interview ngn maz!
dah la suara tak sedap.
huhu


tgh tunggu cable car nak naik paling atas lagi.


nice shot from bad.
nampak macam hero plak.

oh ni sesi selerak.
also got video from this scene.
tp tak tau la kalau kne cut oleh maz!
aha.
hello, tourist dari india pun amik video ktrg, ok!
aha


oh bile la nak ade ...
aduh ape ha name yg bdk2 blog buat yang suruh tag then dpat hadiah.
dammit lupe!
aku nk post gmba ni la.
adoi, ape haaaaaaa....


berjalan atas awan.

ni bukan kat cable car lg.
ni kat kwsn bot milik petronas.
tp takde gmba bot,malas, panas~~!!!

cantik kan?
aha.
view from our motel.

2nd days.
ni mase nk island hopping.
1st- dayang bunting's lake
2nd- eagles feeding
3rd- snorKELING. it should be called as island drop!


ok sampai dah.
otw nak g tasek tu ktrg disambut mesra oleh
penduduk tempatan, beruk.
mersra gela.
tak kacau visitor pn.
walaupun badan diaekor besar GABAN!

Tasik Dayang Bunting Next Top Model!

yah i cant swim.

mari melompat.


haa , ni la eagle feeding.
kacak weh.
helang ni kategori kacak la bg aku.
selain jerung.


yey, got new van, Hiace!
baru la seronok.
pasal diesel je, bajet!
aha

around kol 3pm abes island hopping.
then balik motel rehat2 solat jamak bagai.
then g telaga tujuh.
penduduk tempatan kat sini tak mesra alam.
berani diaekor pau cornetto aku.
banyak lagi kot!

makan besar di malam kedua.
menu- 2 jug air buah
-ikan siakap 2 ekor
-sotong brape ratus gram tah untuk 2 pinggan
-ikan pari untuk dua pinggan
-sayur ape tah lagi
-lauk ape tah lagi.



3rd day lepas sarapan.
aku tak tau plak diorg nk g mndi lagi.
cis.

aku sorg je pakai seluar pjg.
aku pn nk mndi gk kot!
cibai la.
aha.
oh ni kt pantai chennang.

otw balik motel.
candid.

damn jeles tak dpt mndi.

sesi pulang kan van.
skng ni kat jeti kuah.
then g dataran helang sebagai bukti.
lol

bukti.
k for KIWI.
ahaha.
bodoh betul.

N for nana.
aha.

tata.

see at the next trip, Tioman.

Monday, November 29, 2010

Black Out

Assalamualaikum.

orang muda memang berkemungkinan kena low blood pressure
ke ek?

since tahun 1999 untill 2010,
aku dah lima kali pengsan/pitam.


-1999-

ni mase darjah cuti sekolah nak naik darjah 6!
aku sunat time ni la.
ehe.
kira kuat ape sunat lepas demam!
heh!
one day b4 sunat, aku baru baik demam.
mase tu aku dgn abg aku dgn 2 org anak buah sedare.
jgn terperanjat 2org anak buah tu tua setahun dan muda setahun dari aku.
sbb mak dia aka akak sepupu aku tua bp tahun tah dari aku.


aku pitam lepas kuar dari bilik sunat.
so lsp sunat la baru aku pitam.
sbb lps sunat aku duduk la kat kerusi.
tp aku duduk depan2.
cmne nak explain ek.
kiranya punggung aku tak memenuhi kerusi tu.
aku duduk depan2 je.
takut "terkena" then ngilu.

lps tu.

BLACK OUT

mcm biase.
aha.
sedar sedar ade orang angkat aku
bwk masuk bilik.
siot betul doctor yang sunat kan aku dok gelak je.
aha.



-2007-

ni mase zaman diploma.
baru keluar dari apartment nak g kelas.
mase tu aku dgn rumate aku, Jat.
kitaorg nak g klas.
Faiz lak mase tu takde.
dia skip klas g MMU Melaka, beronggeng.
Ehe!

sape duduk area cheras
mesti tau jalan peel.
haa, betul la.
aku dok apt yg atas carefour tu.
sebelah sek convent.

mase turun dari apt
aku tak rase ape ape pn.
everything went well.
aku start motor bagai mcm biasa.

tak sampai afew metres,

BLACK OUT

GELAP

-_-

betul2 kat depan sekolah convent.
sedar2 je aku dah kat atas jalan raya.
nsb depan sekolah sbb kete confirm2 slow motion.

aku sedar then nampak kete.
nak bangun tapi tak bole.

mase tu ade persidangan UMNO sekali.
aku igt lagi pakcik UMNO yang bwk aku g Hospital UKM
as a pesakit luar je.

abes dagu kena jahit.
nasib gigi tak patah.
huuu.


-2008-

ni mase kat umah abang aku kat kota warisan.
kat dalam bilik air.
tiba tiba

BLACK OUT

GELAP

nasib baik aku sempat pegang sink!!!!
then aku duduk pelan2.
lama jugak la aku kat toilet tu.

sumpah berat gela kepala.



-2009-

TAKDE!
Alhamdulillah.



-2010-

benda ni jadi mase sem 1 thn ketiga
aku kat BMI.
hari jumaat.

aku pengsan kat dalam masjid zakaria.
time tu memang bahang gela.
mase nak bangun angkat takbir smyg jumaat
aku memang dah rasa nak jatuh.
skali jatuh betul!
heh!

aku berjaya membuat kecoh sekejap.
aku berdiri 2 line dari imam.
mcm bese la, dagu aku jadi mangsa.
nasib mase tu aku tak pakai braces lagi.
kawan aku ingat aku dah arwah dah.
sbb mata aku separuh tertutup.
3org yang merawat aku mase tu.

aku sedar je kena angkat.
-_-!

-2010-

ni mase 1 hour before naik bas nak g kl
untuk ke Langkawi.
mase bese la kt toilet gak.
tapi kali ni aku tak sempat capai ape2

aku rase dahi aku terhantuk sumting
maybe sink.
then baru aku sedar
then aku duduk kat dalam tandas lama2
sume berpusing.

mase tu aku pun tak tau sebnrya aku kat tandas.


as well, aku rahsiakan la benda ni dari omma ngn abah aku.
kalau tak, memang tak pegi la aku LAngkawi aritu.

then now ade lagi bekas tergarit kat dahi.

---------------------------------------

ape yang aku perasan la kan.
aku senang pitam doh!
ahaha.
aduh.
ape ubat ha?

mostly aku pitam bila duduk lama2,
or passive.

nth la.


Friday, November 26, 2010

sindiket rompakan

Assalamualaikum..
potong mood aku nak tulis psl percutian yang hebat
dgn 10 orang classmates aku.
aduh.
ni pasal sorang uncle india.
nampak nya dia diberi keutamaan kali ni.
takpe, ini untuk kebaikan semua org.
aku baru je sampai KL dari Langkawi tadi pagi.
then pukul 330ptg td ade review ngn dentist.
dah la dgn ulser bertambah.
sabar je la.
mcm bese aku tolak dari nilai kol 2.
smpi sharp 330.
aku drive SIL punya kete.
dia tgh cuti skolah.
so bole la pakai jap.
bnde ni terjadi bile aku nak otw blk nilai.
area salak south, kot.
time tu bwk around 40-60km/h je.
sbb byk kete.
alih alih aku terperasan ade uncle india kat sebelah kiri aku.
dia bwk moto.
then buat sign berbau then tunjuk kat tayar.
aku pn gelabah lah.
igt nk terus parking tepi.
tapi nasib baik jalan kat situ mmg susah nak berenti tepi.
aku keep jalan then psg lampu emergency smbil amil laluan plg kiri.
uncle india tu elok je aku tgk follow pelan2 dari blkg.
time tu aku mula syak wasangka.
if ade bau, knp dia sorg je yg tegur aku.
then aku bukak tingkap.
takde langsung bau hangit.
aku pun teringat la mase aku turun genting dulu, if tayar hangit sumpah bole bau punye.
then mse aku turun tingkap,
uncle india tu lagi skli ckp psl tyr aku berasap,hangit.
aku still tak percaya but still keep caution aku slow kan kete tp tak berenti.
then aku cari petrol station.
ceh, mmg takde langsung bau hangit.
cibai punya orang.
tau nak perangkap org jek.
nsb baik la aku tak berenti tepi jalan.
if tak for sure,
dia buat sumting.
so, for lonely drivers,
keep aware!
jgn skli2 terus percaya
dgn keramahan dan baik pekerti
orang yang kat sekeliling kita.
wacth out, guys.

Thursday, November 18, 2010

words that i miss very 1

Assalamualaikum.

1. Canggih.

Canggih la kotak pensel kau.
ade gamba keta dash!

2. Awana tek.

this word macam ayat nak back up diri sendiri setelah di kutuk/ di perli.
Aha.
dunno how to describe.
jom, masuk dalam kasut aku!

3. Eeeeee...

Eeeeee... tak dapat kejar!

macam ngada-ngada gak la.
tapi memang pun,
mase kecik kecik kan sume orang ngada-ngada!

4. ayo.. tak tak leng.

haa, ayat ni macam nak takutkan membe2.
if diorg buat salah, semua orang guna ayat ni!

5. nobidis!

aku pun tak tau mane asal ayat ni.
kitorang guna ayat ni kalau main guli.
once dah lempar guli,
cepat2 cakap, nobidis!
aha.
means that if guli tu sembunyi bawah batu/daun,
kena la alihakn batu/daun tu.

6. uuu!

nak pronounce bukan you.
tapi mcm sebut 'u'lar.
haa, betul 'u'.

ni guna mase main ram ram rep!
ala, main kejar kejar duduk tu.
but nak duduk mesti kena sebut uuu!
aha.

aku always uuu!
aha.

7. Anu

contoh: anu kan lah weh.tak tau.
meaning: buat kan la weh.tak tau.

contoh: eh anu tu dah datang?
meaning: eh dia tu dah datang?

haah! pening kan nak describe anu?
jom, masuk dalam kasut aku!

oh banyak lg wording yang aku tgh nak reinstall.
nnti aku sambung lagi..

Monday, November 15, 2010

mode: difficulty

Assalamualaikum.

as published before.
im wearing braces.
yah, si pemakai braces.

bukan apa.
it is hard for me to pronounce.
nak cakap susah.
tak tau la pulak benda ni
terjadi kat si pemakai braces yang lain
ke tak.

macam contoh td je
baru lps.
aku nak sebut "cakap"
tapi yang keluarnya "kacap"

dan banyak kali words lain.

Thursday, November 11, 2010

satellite + mobile

Assalamualaikum..

paper satellite kjp je lgi.
kol 230 petang kang.
hoho.

pray for me
pray for me
pray for me

esok plak paper mobile.
kol 3 petang.
hoho.

pray for me
pray for me
pray for me.

tenkiu.


-------------------------------------------

wah, tinggal satu semester je lagi.
tak sabar nak kerja.
beli superbike!
*senyum panjang~~~~~~~~~~~~~~~


Tuesday, November 9, 2010

2nd paper

Assalamualaikum.

esok dah 2nd paper.
tapi tak sedia bagai.
mcm mane la nak DL lagi.
cewah.
lagi haa.
aha

------------------------------

page ni dah berwajah baru.
sebab dapat gelpren baru.

Monday, November 8, 2010

Let's forget

Assalamualaikum.

baguslah.
at last dia bagi kata dua.
so no need to waiting.
no need to put a big hope.

bye kiwi.
this is the last entry for you.
:)

Sunday, November 7, 2010

mukmin(iman) dan islam.

Assalamualaikum.

dua perkataan yang berbeza.
dua perkataan yang mempunyai makna yang cukup mendalam.

mukmin atau orang orang yang beriman,
sering kali digunakan Allah didalam al-Quran.

.....يا أيها الذين آمنوا

islam pula merupakan agama.
yang mana agama yang direstui oleh Allah.


di dalam al-Quran,
Allah tidak menyeru/memanggil sebagai
wahai orang orang islam.
tetapi
wahai orang orang beriman.

hari ini.
disekeliling kita.
ramai yang mengaku islam
tetapi tidak beriman.

beriman meliputi islam

tetapi

islam TIDAK meliputi iman.

marilah kita sama-sama menjauhi sikap sebegini.
megah dengan nama islam.

begitu benci bila al-kafir menzalimi islam,
begitu marah bila al-kafir melakar karikatur Nabi.

walhal, diri sendiri secara tidak sedar
lebih menzalimi agama sendiri.

sibuk mengatakan perihal yang buruk
walhal waktu solat tidak dijaga.

sibuk mengutuk keras perilaku al-kafir
walhal tidak menutup aurat dengan sempurna.

ingatlah, lebih baik dicucuh besi panas,
daripada memegang(bersentuhan) dengan yang bukan mahram.

ramai yang mengutuk keras,
pelajar ipt memegang babi/anjing.
jangan tidak tahu,
mereka tidak berdosa.
mereka HANYA perlu membasuh dengan sekali
air tanah dan 6 kali air bersih.

TETAPI
ramai yang buat tidak tahu,
bila lelaki perepmpuan yang bukan mahram
berpegang tangan.
si pelaku berdosa.
dan TIDAK boleh menggunakan air tanah untuk menyucikannya.
segerala,bertaubat.

*just my 2cent.
:(

Hanya Allah dan Rasulullah shj yang mengetahui



fitnah dajjal

Assalamualaikum..

sesuatu yang menakutkan bila berbicara
tentang dajjal.

fitnah yang dibawanya sungguh besar.
aku bukan lah orang yang mengetahui begitu mendalam
perihal dajjal.

banyak tafsir tafsir hadis yang perlu dikaji dan difahami.
bahkan, semakin ramai yang mengeluarkan teori teori
konspirasi.

The Arrival.
teori konspirasi yang paling awal dan terkenal.
aku pun dah habis tgk setiap episod.
sesiapa yang tgk,
pasti tak bole absord 100%.
bahasa yang digunakannya
agak berat untuk difahami.

bahkan, dikatakan
teori ini dihasilkan oleh golongan Syiah.
Wallahualam.

Seperti mana yang sedia maklum,
Syiah merupakan ajaran yang terkeluar dari islam.
ianya bukanlah seperti ahli sunnah.

mereka tidak percaya akan al-Quran yang sedia ada.
mereka membaca "al-Quran" mereka sendiri.
mereka mengatakan,
al-Quran yang sebenar berada pada imam yang ke-12.
iaitu imam Mahdi.

Hanya Allah dan Rasulullah shj yang tau.

berbalik pada fitnah dajjal.
bersediakah kita?
mampukah kita?

Mari kita amalkan surah al-Kahfi
sebagai perlindungan daripada dajjal.
itulah pesanan Nabi kita.

dikatakan,
seeloknya membaca surah al-Kahfi adalah
pada setiap malam jumaat.

Hanya Allah dan RAsulullah shj yang mengetahui.


fitnah dajjal ini sungguh dahsyat.
sehinggakan,
ramai dari golongan wanita dan kanak-kanak
yang menjadi pengikutnya.

Sehinggakan, ahli keluarga(suami/bapa/lelaki)
sanggup mengikat isteri/anak perempuan/kanak-kanak
bagi untuk tidak mereka keluar rumah
dan terpengaruh.

jadikanlah zikir sebagai makanan kita kelak.
amalkan lah dari sekarang supaya kita tidak kekok
ketika datangnya dajjal.

makanan orang mukmin ketika datangnya dajjal adalah zikir.

Nabi bersabda;

"Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin."


Entry ini adalah atas sikap ingin mengingati diri sendiri dan pembaca.
dan isinya adalah ringkasan dari petikan-petikan blog yang telah diringkaskan oleh blogger.

yang baik itu datang dari Allah,
yang buruk itu datang dari kekhilafan saya sendiri.

Saturday, November 6, 2010

Happy Exam, guys!

Assalamualaikum..

fiiuhhhhhh...!!!!

tinggal satu hari lagi untuk bertempur.
exam kali ni sangat takde gap.
seminggu pulun abes 4 papers.
bagus gak,
bole balik raya haji.

yang tak bestnya aku baru teringat.
baju kemeja aku sem ni aku bawak sehelai je.
so, sgt obvious-la kan aku pakai baju yang sama
untuk empat paper berturut turut.
-_-

takpela, pegi balik dewan je.
jangan borak dengan orang sngat.
aha.

gudluck guys!

Monday, November 1, 2010

Gud bye Luigi

Assalamualaikum.

sekarang ni minggu study.
aah start by today.
so that wish me a big luck, buddy!
4 papers for this time.
tak banyak mana pun.

exam pun seminggu je abes.
yey!
orang lain ade yang sampai tak balik raya haji.
huyooo~
memang perantau la kan.

tp aku kesian la kat member2 aku yang dok area pantai timur.
kan raya haji kat sana meriah dan girang.
aku pun turut tumpang simpati.
takpe, korang bole hantar gmba then post kat metro.
ehe.

aduh.
perancangan aku tak cukup rapi.
Dia(ALLAH) lebih rapi perancanganNya.
aku terima dengan senyum.
His plans more more more greater than me.
mesti ade hikmah kan.

sebenarnya lps abes exam(12hb),
aku plan nak beli sugar glider.
aku nak beli jantan.
nama pun dah ade, Luigi.
pronounce as Ruiji.

kiranya hari sabtu aku amik barang kat hostel,
then ahad tu g Subang Jaya amik Luigi.

last2, tak jd.
sbb classmate aku ajak g pulau.
aku pun tak nak g gak.
sbb time frame tak ngam langsung.

pegi 22hb-25hb.
aku plan nk beli Luigi 14hb.
kalau aku g pulau, sape nak jaga?
pergh cnfirm aku blk dari pulau dia dah tak cam bau aku dah.
oh so sad.

kiwi pun ajak hangout.
tp tak tau bile.

lebih kurang 15 classmate aku yg g.
mcm meriah dan girang je nnti.
terasa la pulak kalau tibe2 gmba kena tag kat pulau nnti.
aduh.

then aku pun decide pergi gak.
babai Luigi.
tak tau la jodoh kita bila.
nanti aku cek calender ek.

bag deuter hiking pun da beli.
size 40+10.
RM130.
esok lusa smpi la.

beg deuter aku skng ni muat isi laptop+brg2 kecik je.
then tpkse beli yg besar sket.
kat sne nnti nk beli coklat ke,rokok ke,myk gamat ke.
aha.
takyah extra beg.
sumbat je dlm beg hiking.

kat sana nanti snorkling 3pulau.
itu je dah cukup menarik.
sewa satu van.
chalet amik 5kot
sbb satu chalet 3org.

oh lupe, selamat berjemur~
hai hitam metalic~